Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

The Colour Rush, Sokong Penghidap Kanser

By 19 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / Foto oleh Aishah Latip

KUCHING, 18 Feb (Malaysiaaktif) –  Amalan gaya hidup sihat semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Selain menyihatkan tubuh badan, ia juga membawa kita ke arah suasana yang positif.

Colour Rush Run 2017 yang berlangsung di Pustaka Negeri, Petra Jaya Kuching semalam menarik sekitar 4000 orang warga bandar raya ini untuk menyertai larian amal sejauh 5km ini.

522e7de0-055c-4cba-9137-e8750cdb6b9e

Sophia Jenang yang turut aktif di dalam aktiviti aerobik dan zumba di PustakaNegeri.

“The Colour Rush” anjuran Sarawak Children`s Cancer Society (SCCS) kali ke-5 sempena International Childhood Cancer Day pada 15 Februari yang lalu merupakan salah satu acara berwarna-warni yang melambangkan sokongan padu kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser.

Aktiviti ini turut disertai oleh penghidap kanser dan ahli keluarga bagi memberi sokongan dalam melawan penyakit kanser.

Bagi peserta Sophia Jenang, 49, yang pertama kali mengikuti larian amal ini turut berkongsi pengalaman kehilangan ahli keluarga yang menghidap kanser tulang tiga tahun yang lepas.

“Program sebegini amat baik diadakan di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat. Malah program sebegini membolehkan warga kota mengekalkan gaya hidup yang sihat serta dapat menyumbang sedikit sumbangan kepada penghidap penyakit kanser,” katanya yang turut berbangga kerana penganjuran pada kali ini berada di Kuching.

Selaku Setiausaha Kelab Z-Dance, Sophia turut menyeru warga kota agar terus menerus mengekalkan gaya hidup sihat dengan menyertai pelbagai aktiviti riadah di Pustaka Negeri.

“Pustaka Negeri merupakan salah satu tempat untuk beriadah seperti joging, zumba, dan aerobik turut diadakan pada setiap hari bermula pada 5.30 petang,” ujarnya.

081c7ab2-57fc-4d90-ad69-7d253f7824fc

Norazizah (dua kanan) bersama rakan karibnya Rosmini Bujang (kanan) yang mulai aktif mengikuti larian sejak tahun lepas.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Norazizah Latip, 40, berasa teruja kerana pertama kali menyertai aktiviti larian pada tahun ini.

“Program sebegini amat baik dilaksanakan setiap tahun yakni dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga dan rakan-rakan di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat,” jelasnya yang ditemui selepas tamat larian.

Majlis larian amal ini disempurnakan oleh Isteri Ketua Menteri, Datuk Juma`ani Tun Tuanku Bujang yang turut menyumbangkan sumbangan sebanyak RM5000 kepada SCCS.  Larian Amal Colour Ruch Run 2017 akan diteruskan  di Miri pada 19 Februari ini.

 

-AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda