Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Jualan ‘Muroh Ko Rakyat’ Terus Dapat Sambutan

By 1 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Jualan Muroh ko Rakyat Parlimen Tumpat terus mendapat sambutan apabila lebih 700 orang penduduk tempatan mengunjungi program tersebut yang diadakan di Kampung Kepulau, di sini hari ini.

Pembeli tidak melepaskan peluang mendapatkan sayuran segar yang turut dijual.

Pembeli tidak melepaskan peluang mendapatkan sayuran segar yang turut dijual.

Program anjuran UMNO Bahagian Tumpat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merupakan program yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Tumpat.

Menurut Timbalan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan, Akbar Ali, program ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah membeli barangan keperluan dengan harga yang murah dan berkualiti.

“Kerajaan sentiasa membantu rakyat walau apa jua keadaan sekalipun demi mensejahterakan rakyat.

Ini sudah masuk kali keempat program ini dilaksanakan di parlimen ini dan ianya akan berterusan jika rakyat terus menberi sambutan dan sokongan,” katanya.

Sementara itu, menurut Azlina Mohd Ariffin, 47, dari Kampung Paloh mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan pihak penganjur kerana mengadakan program untuk membantu rakyat.

Zuraini sanggup bermotosikal sejauh tujuh kilometer bersama-sama ibunya demi mendapatkan bekalan harian dengan harga murah.

Zuraini sanggup bermotosikal sejauh tujuh kilometer bersama-sama ibunya demi mendapatkan bekalan harian dengan harga murah.

“Program sebegini memang ditunggu-tunggu oleh rakyat dan sedikit sebanyak dapat membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan bebanan dalam berbelanja,” jelasnya.

Manakala bagi Zuraini Majid,21, yang ditemani emaknya berkata beliau datang ke sini sejauh tujuh kilometer dengan menaiki motosikal semata-mata untuk membeli barangan yang ditawarkan dengan harga murah.

“Sebelum pukul 8.00 pagi lagi saya sudah berada di sini dan barangan seperti susu, gula, minyak masak dan ayam menjadi tumpuan saya dan emak saya,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda