
Laporan oleh: Fauzrina Bulka
KADAMAIAN, 2 Okt (Malaysiaaktif) â Kadamaian melangkah setapak lagi dalam industri pelancongan khususnya dalam pelancongan burung selepas berjaya melancarkan kursus memerhati burung di Taginambur pada petang isnin.
Kursus berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Kadamaian (KATA) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Taman-Taman Sabah, bakal meletakkan Kadamaian dalam peta pelancongan burung di negeri ini.
Pengurus Kanan STB, Julian Jimit berkata Kursus Asas Bird Watching amat bertepatan dengan misi KATA untuk merealisasikan Kadamaian Global Tourism 2025.
âProgram memperkasakan komuniti Kadamaian yang menjurus kepada pelancongan amat penting sejajar dengan perkembangan pelancongan luar bandar di sini.
âProduk pelancongan ini dijangka amat berpotensi kerana Kadamaian dikenal pasti sebagai kawasan yang kaya dengan habitat yang didiami oleh pelbagai jenis burung, malahan ada kemungkinan terdapat spesies tertentu burung yang hanya berada di kawasan ini.
âKursus ini telah direka bentuk agar dapat memenuhi kehendak pasaran, kerana ia melatih peserta dan membekalkan mereka asas yang baik sebagai pemandu birdwatching dan ia juga akan menjalankan aktiviti-aktiviti rutin mengenal pasti kawasan yang sesuai sebagai habitat burung,âujarnya.
Tambahnya, sejak akhir-akhir ini, permintaan pelancong terhadap produk ini, meningkat setiap hari dan sudah pasti memerlukan pengenalpastian dan penerokaan habitat baru agar industri pelancongan Sabah sentiasa berkembang dan mampu menawarkan gelanggang yang menarik.

Walter menyerahkan teropong khas untuk memerhati burung kepada Julian(kanan) sambildiperhatikan oleh Lerry (kiri)
Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Kursus Birdwatching, Lerry Dominic Gumbayong berharap agar kursus tersebut dapat memberi kesedaran tentang pentingnya pemuliharaan habitat burung terhadap alam semula jadi.
âKursus ini juga diharap dapat melahirkan pemandu-pemandu tempatan yang berpengetahuan tentang burung, dan memandu pelancong untuk memerhati burung di kawasan Kadamaian selain dapat mengurangkan aktiviti penangkapan dan pemburuan burung.
âAntara kawasan yang sesuai dan dikenal pasti adalah di Kiau iaitu dijangka dapat menemui spesies Whiteheads Broadbill, dii Podos pula boleh menemui spesies Green Broadbill manakala di Sayap pula spesies Longtailed Broadbill bole dijumpai,âkata Lerry.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan Kadamaian, Walter Kandayon.
-FB