Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Kerajaan Selar Kenyataan Presiden Hindu Makkal Katchi

By 1 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PUTRAJAYA, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Pada 28 November 2018, Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, India telah menerima Memorandum daripada President of Hindu People’s Party, Arjun Sampth, yang secara dasarnya mengutuk insiden perbalahan di kuil Sri Maha Mariamman dengan menyatakan bahawa seramai 200 orang pengganas Islam telah membuat serangan ke atas kuil serta penganut Hindu yang cuba mempertahankan kuil tersebut.

Hindu People’s Party, atau lebih dikenali sebagai Hindu Makkal Katchi merupakan sebuah parti politik yang kecil berhaluan kanan dan ekstremis di daerah Tamil Nadu, India.

Memorandum tersebut mendakwa Kerajaan Malaysia bersikap berat sebelah terhadap penganut Hindu di Malaysia selain menyalahkan Kerajaan Malaysia kerana tidak mengambil sebarang tindakan berhubung insiden tersebut.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri (KLN) hari ini, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa di Parlimen telah menyatakan dengan jelas bahawa insiden perbalahan tersebut merupakan kes jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

Pihak Polis Diraja Malaysia turut telah menahan 30 individu yang terlibat dengan insiden perbalahan tersebut.

“Sehubungan ini, Kerajaan Malaysia memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Hindu Makkal Katchi tanpa usul periksa yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat untuk mengeruhkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan India.

“Melalui perbincangan di antara Kementerian Luar Negeri dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, beliau telah memberikan jaminan bahawa Kerajaan India menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menangani isu ini dan tidak akan mencampuri urusan dalaman Kerajaan Malaysia.

Kenyataan penuh siaran akhbar yang dikeluarkan Kementerian Luar Negara, hari ini.

Kenyataan penuh siaran akhbar yang dikeluarkan Kementerian Luar Negara, hari ini.

Tinggalkan komen anda