Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

‘Batu Katak’ Akhirnya Dimusnahkan

By 1 Disember 2018Mei 7th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

BINTULU, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Bagi pengguna jalanraya Bintulu – Sibu, sudah tentu ramai yang tahu lokasi Batu Katak. Batu ini dikatakan menyimpan mitos mistik yang tidak terungkap kerana banyak versi cerita didedahkan oleh penduduk tempatan di kawasan tersebut.

Secara lahiriah, batu tersebut terbentuk daripada batuan sedimen terdiri dari komponen metasandstone iaitu pembentukan batupasir akibat tekanan suhu dalam perubahan geologi jutaan tahun yang lalu.

Bongkah batu ini agak ganjil kerana hampir menyerupai bentuk seekor katak. Ia mempunyai lilitan lebih kurang 25m – 30m dan tinggi lebih kurang 3m. Ia berupa sebongkah batu seolah-olah bagaikan satu objek terasing timbul dari permukaan tanah. Kawasan sekitarnya pula merupakan tanah lembut berwarna coklat ke perangan.

Rupa bentuk batu yang agak unik ini menjadi tumpuan pengguna jalanraya dan penduduk tempatan. Ia menyimpan misteri kerana dipercayai ada penunggu yang menjaganya. Ada mengatakan ia dikuasai oleh raja katak yang menduduki dan menguasai kawasan tersebut semenjak dahulu lagi sebab itu ia tidak dapat untuk dimusnahkan.

Stuktur batu katak dalam proses pemusnahan

Stuktur batu katak dalam proses pemusnahan

Mengikut cerita orang tua-tua di kawasan ini, batu tersebut tidak dapat dimusnahkan semasa kerja-kerja pembinaan jalanraya Pan Borneo jajaran Sibu – Bintulu pada awal tahun 80an. Batu tersebut hendak dipecahkan dengan menggunakan jentolak, sebaliknya jentolak tersebut pula meragam dan tidak mahu bergerak, Malah pekerja-pekerja pula diganggu oleh entiti ghaib yang tidak diketahui dari mana datangnya.

Pihak kontraktor mengambil keputusan untuk meletupkan batu tersebut dengan menggunakan bahan peledak, dan pakar ‘bom’ diupah untuk melakukannya, Batu tersebut pun digerudi untuk dimasukkan bahan peledak kedalamnya namun bahan peledak tersebut tidak meletup walapun semua alatan berfungsi dengan baik. Akhirnya, pihak kontraktor meninggalkan batu tersebut dan lencongan jalanraya dibuat bagi meneruskan projek tersebut.

Pengendali jentolak yang memusnahkan batu katak

Pengendali jentolak yang memusnahkan batu katak

Antara, cerita pelik yang dibawa dari mulut ke mulut ialah batu ini mampu membawa tuah atau rezeki kepada mereka yang berdoa dan memohon dengan syarat meletakkan duit di dalam lubang-lubang (bekas tinggalan gerudi).

Bagaimanapun, kekebalan Batu Katak ini akhirnya tumpas di tangan jentokak atau “bulldozer”. Pemusnahan batu ini adalah bertujuan memberi laluan kepada pembesaran lebuhraya Pan Borneo. Pada mulanya penduduk tempatan khuatir akan berlaku malapetaka terhadap pemandu tersebut namun sehingga kini beliau masih menjalankan kerja-kerja pembinaan jalan di kawasan tersebut .Dengan musnahnya Batu Katak maka terlerailah persoalan yang banyak menghantui pengguna jalan raya Pan Borneo.

Terdapat juga viral dan desas-desus  di media sosial mengatakan pemandu bulldozer itu pengsan ketika melakukan kerja-kerja menghancurkan batu tersebut. Ada juga yang menambah cerita bahawa penunggu meminta darah serta tujuh kepala manusia di samping seekor babi sebagai syarat mereka keluar dari kawasan itu.

Apapun misteri Batu Katak selama ini kini hanya tinggal mitos. Pengguna jalanraya berharap tiada kejadian buruk akan berlaku setelah Lebuhraya Pan Borneo siap kelak.

-ER

Tinggalkan komen anda