Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Bazar@KEMAS Platform Ketengahkan Produk Usahawan Tempatan

By 11 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 11 Mei ( Malaysiaaktif ) – Program Bazar@KEMAS merupakan platform yang baik untuk mengetengahkan produk usahawan tempatan terutama usahawan rintis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Menurut Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, program yang baik itu boleh memberi peluang kepada para usahawan KEMAS menambah pendapatan.

“Program ini sangat baik apatah lagi permintaan pasaran terhadap produk tempatan di bulan Ramadan dan menjelang hari raya amat menggalakkan.

“Program ini juga merupakan peluang terbaik bagi mengetengahkan produk mereka di samping memberi pendedahan kepada mereka yang minat untuk berniaga,” katanya semasa merasmikan Hari Kemahiran dan Keusahawanan KEMAS Tahun 2019 (Bazar@KEMAS) Wilayah Persekutuan Labuan, petang tadi.

Rozman (dua dari kiri), Gilbert (paling kiri) dan Narim (kanan) menyempurnakan majlis perasmian Bazar@KEMAS.

Rozman (dua dari kiri), Gilbert (paling kiri) dan Narim (kanan) menyempurnakan majlis perasmian Bazar@KEMAS.

Beliau turut berharap para usahawan KEMAS dapat menimba pengalaman dan kekuatan di sebalik cabaran yang mendatang agar menjadi peniaga yang berdaya saing.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kemahiran, KEMAS W.P Kuala Lumpur, Narim Zulaikha Abd Malik, berkata seramai 20 usahawan rintis KEMAS termasuk peserta kelas kemahiran dan usahawan dari Program Bantuan Ekonomi Kampung menyertai program itu.

“Program ini bertujuan memberi peluang berniaga dan mempromosi produk-produk mereka kepada pasaran tempatan yang lebih luas.

“Selain itu ia juga mencipta peluang kepada akses pasaran produk luar bandar kepada pengedar, pembeli dan pengguna secara terbuka serta jualan secara terus.

Rozman bersama tetamu jemputan, pemimpin-pemimpin tempatan, Jawatankuasa penganjur bergambar kenangan.

Rozman bersama tetamu jemputan, pemimpin-pemimpin tempatan, Jawatankuasa penganjur bergambar kenangan.

“Program ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan dan melibatkan perniagaan seperti makanan, pakaian dan aksesori,” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan.

Hadir sama Pegawai KEMAS Daerah W.P Kuala Lumpur, Roslina Bun dan Pegawai KEMAS Daerah W.P Labuan, Gilbert Julian.

EM

Tinggalkan komen anda