
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Haji Rashid Ibrahim (Seberang Prai Utara)
BERTAM, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Kursus Perdana Perdana Haji 1440H/2019M Pulau Pinang telah berlangsung selama dua hari bermula dari 22-23 Jun lalu melibatkan seramai 1,052 bakal jemaah haji bertempat di Dewan Millennium, Kepala Batas.
kursus kendalian Lembaga Tabung Haji (TH) ini diadakan di ruang dewan yang luas dan selesa serta memberi kemudahan kepada para peserta jemaah untuk melakukan pelbagai aktiviti samada di dalam atau pun diluar dewan.
Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti bermabit dan melontar pada waktu malam. Bakal jemaah haji akan bermalam di tempat kursus. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.
Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari satu malam adalah yang persiapan terakhir yang dianjurkan oleh TH sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus Haji yang dikendalikan oleh TH di seluruh negara.
Kursus ini juga menekankan pendedahan amali serta suasana keadaan di sana nanti mengenai ibadat haji yang wajib akan ditunaikan kelak bagi membolehkan mereka mendapat gambaran awal serta lebih bersedia dan membuat persediaan sewajarnya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Selain itu “Ia juga adalah sesi untuk TH memberi maklumat terkini kepada bakal haji, sebelum mereka bertolak ke Tanah Mekah,”kata beliau lagi.
Seorang bakal jemaah wanita, Nor Farisha Bt Anuar Bashah, 36 tahun dari Georgetown menyifatkan program itu memberi manfaat kepada beliau sebagai persiapan sebelum berlepas ke Makkah. “Saya sebelum ini sudah mengikuti beberapa kursus haji anjuran TH dan memperolehi banyak ilmu mengenai syarat dan rukun haji” . Beliau hadir bersama abang kandungnya serta ibunya Saibunnisha Bt Sinkandar, 66 tahun bakal menunikan haji pada tahun ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’Ir Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman. Turut dihadir bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan Bin Darus, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, YB Dr. Afif Bin Bahardin dan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahan Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd Noor.