Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

29 Ahli Kelab Malaysiaku sertai Kembara Minda

By 7 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Roshidayah Idris/ Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 29 ahli Kelab Malaysiaku daripada enam buah sekolah sekitar daerah Papar menyertai Kembara Minda Kelab Malaysiaku ke Jabatan Penerangan Sabah (JaPen), pada rabu.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Papar, Suhaili Awang, lawatan berkenaan dianjurkan bagi memberi maklumat kepada ahli kelab mengenai peranan dan fungsi JaPen.

Wan Zainal (tiga kanan) ketika menyampaikan taklimat kepada peserta.

Wan Zainal (tiga kanan) ketika menyampaikan taklimat kepada peserta.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai tugas dan tanggungjawab bahagian-bahagian yang terdapat dalam JaPen sekaligus mempelajari peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Taklimat yang berlangsung selama dua jam disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Azman Sipan serta Pegawai Penerangan, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Wan Zainal Shahriman Wan Husain.

Suasana ketika sesi taklimat berlangsung.

Suasana ketika sesi taklimat berlangsung.

Terdahulu, rombongan Kelab Malaysiaku daerah Papar telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan seterusnya ke Pusat Transformasi Bandar Kota Kinabalu sejurus lawatan di JaPen.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Diplomatik, Patrick Laing Ngau, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM), Ahmad Fauzi Lamsin, Penyelaras Kelab Malaysiaku serta guru-guru pengiring.

ER

Tinggalkan komen anda