Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

PPA JaPen Perlu Eratkan Jaringan Hubungan – Norzawiyah

By 7 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Farhana Hidayah Mohd Raduan/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Pegawai Perhubungan Awam (PPA) kader Jabatan Penerangan (JaPen) diseru supaya sentiasa mempertingkatkan prestasi kerja di jabatan tempat mereka bertugas pada ketika ini.

Antara mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Antara mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Pengarah JaPen Sabah, Norzawiyah Bulka berkata, ia adalah kerana mereka merupakan ‘duta’ Jabatan Penerangan yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan imej jabatan tersebut.

“Bagi pihak jabatan, saya menyeru agar semua PPA sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada jabatan tempat mereka ditugaskan.

“Dalam masa yang sama, kita juga menggalakkan agar PPA lebih proaktif melibatkan diri dalam program jabatan dan terus menjalinkan kerjasama serta mengukuhkan hubungan erat bersama JaPen,” ujarnya.

Antara mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Antara mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, Norzawiyah turut berharap agar PPA dapat meningkatkan hubungan kerjasama strategik antara jabatan tempat mereka bertugas dengan JaPen.

Katanya, melalui cara ini, PPA dan JaPen dapat berkongsi maklumat dalam memasarkan dasar-dasar dan program jabatan masing-masing.

Norzawiyah berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Penerangan (PPA) Bil 1/2019 di Wisma Dang Bandang pada Selasa.

KENANGAN... Mereka yang hadir bergambar kenangan bersama Norzawiyah (duduk, tengah).

KENANGAN… Mereka yang hadir bergambar kenangan bersama Norzawiyah (duduk, tengah).

Terdapat seramai 28 orang kader PPA yang bertugas di kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini antaranya adalah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (PSUPS), Kolej Komuniti Tawau, Hospital Beaufort, Hospital Kudat, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II dan Politeknik Kota Kinabalu.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pengarah JaPen Sabah, Yunus Saprin dan Ketua-ketua Penolong Pengarah bahagian JaPen Sabah.

ER

Tinggalkan komen anda