Skip to main content
HomeViral

Rumah Untuk Pesakit Kanser Diserahkan, Walaupun Terlambat

By 2 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Faizal Mat Akhir & Muhammad Zaini Dollah (Pulau Pinang)

PULAU PINANG 2 Okt (Malaysiaaktif) — Walaupun allahyarham Zaini Md Akhir tidak sempat melihat rumahnya yang dibina semula ikhsan anggota Balai Bomba Kepala Batas, namun jasa murni pihak penyumbang kesampaian juga.

Pagi tadi, rumah yang dibina dengan harga RM40,000 itu diserahkan kepada anaknya, Azrilinizam Ahmad Zaini.

Rumah asalnya dibina bagi membantu allahyarham yang mengidap barah tulang dan isteri yang menghidap penyakit usus. Mereka hanya bergantung kepada pendapatan seorang anak yang bekerja sebagai kerani.

Allahyarham Zaini meninggal dunia pada 10 September lalu.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat stesen Kepala Batas mula membina semula rumah tersebut pada 1 Ogos dan menyiapkannya pada 31 Ogos.

Rumah mereka dibina dengan peruntukan sebanyak RM 40,000 dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Turut hadir di majlis penyerahan, termasuk Timbalan Menteri Luar Negeri, merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Amer Hj Yusof.

 

 

Tinggalkan komen anda