
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Kuching)
KUCHING, 5 Sept (Malaysiaaktif) – Pelbagai acara dan aktiviti bakal dianjurkan sempena Regatta Sarawak 2019 dijadualkan berlangsung dari 25 Oktober hingga 3 November bertempat di Tebingan Kuching nanti.
Ia termasuk acara hiburan seperti Gendang Melayu, Busking, Regatta Idol,”The Sound of Borneo dan banyak lagi.
Antara yang paling menarik ialah Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sarawak 2019 akan berlangsung pada 26 dan 27 Oktober dengan menawarkan hadiah wang Tunai RM58,830 manakala Perlumbaan Perahu Regatta Sarawak akan berlangsung dari 1 hingga 3 November dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM240,00.00, dan pemenang Raja Sungai akan menawarkan pulang piala dan wang Tunai sebanyak RM10,000.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzaha tahun ini seramai 1,387 peserta mewakili 13 negara berentap untuk memburu kejuaran dalam perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa.
Tahun ini merupakan kali yang ketujuh dalam penganjuran Perahu Naga dan kita menerima semakin ramai penyertaan iaitu membabitkan 47 pasukan dari Amerika Syarikat, Australia, Brunei, China, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, Myanmar, Filipina, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Indonesia, dan Malaysia.
Abdul Karim berkata, Tarikh penjualan borang penyertaan dibuka pada 18 September 2019 (Rabu) di Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Tingkat 2, Bangunan Electra House dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Oktober 2019 (Khamis) jam 12 tengahari.
“Perasmian Regatta Sarawak termasuk Perlumbaan Perahu Naga akan diadakan pada 26 Oktober oleh Ketua Menteri Sarawak di mana beliau juga turut menitik mata naga.
Manakala majlis penutupan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 3 November.
Sepanjang Festival terdapat juga festival Keusahawanan, Jualan Makanan dan Jualan Kraf yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak, jelas beliau.
Penyerahan Mok Cek Penajaan Sarawak Regatta- Kuching Waterfront Festival 2019 adalah terdiri daripada Petronas selaku penaja utama, Petra Energy Berhad,JX Nippon Oil & Gas Exploration dan Ta Ann Holdings Berhad.