Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Ilmu Kesihatan Untuk Generasi Baru

By 6 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan /Foto : Mohd Noor Mahmuddin Mohd Mahlil /Wan Seman Wan Bedollah (Jeli)

JELI, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan Sungai Rual (SKSR) merupakan sebuah sekolah yang terletak di pedalaman daerah Jeli, Kelantan. Walaupun mempunyai insfranstruktur jalan raya yang agak baik namun aspek kesihatan dan kebersihan persekitaran masih perlu dipertingkatkan lagi oleh masyarakat setempat.

Seramai 126 pelajar Orang Asli yang masih belajar di sekolah tersebut perlu diberi pendedahan secara menyeluruh berkaitan penjagaan kesihatan agar mereka dapat menjaga kesihatan diri mereka dengan lebih baik di samping dapat mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih.

Kedudukan perkampungan sekitar sekolah tersebut yang berhampiran hutan dan bersempadanan dengan negara Thailand boleh mengundang risiko pelbagai masalah terutamanya dari aspek keselamatan kesihatan seperti wabak Coronavirus yang sedang melanda sekarang.

Perkongsian maklumat berkaitan Wabak Coronavirus bersama pelajar-pelajar dan kakitangan SKSR oleh Pegawai Penerangan Daerah Jeli

Perkongsian maklumat berkaitan Wabak Coronavirus bersama pelajar-pelajar dan kakitangan SKSR oleh Pegawai Penerangan Daerah Jeli

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Abdul Malik Kiman, gerak kerja Jabatan Penerangan Malaysia yang turun padang memberi penerangan kepada masyarakat setempat berkaitan wabak Coronavirus secara komunikasi bersemuka sangat memberi kesan kepada masyarakat kerana mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh masyarakat sekitar dan para pelajar sekolah.

Program komunikasi bersemuka yang dinamakan Info On Wheels(IOW) oleh Jabatan Penerangan ini amat dihargai oleh pihak sekolah.

“Dalam era teknologi digital ini, penularan dan penyebaran sebarang maklumat berlaku amat pantas dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat itu datang dari sumber yang diiktiraf oleh kerajaan sebelum disebarkan,”tambah Abdul Malik.

Dalam program IOW berkenaan, kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Jeli telah mengedarkan risalah serta bahan penerbitan berkaitan langkah-langkah pencegahan wabak Coronavirus dan berkongsi maklumat bersama pelajar, guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda