Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

IOW di Pintu Masuk Negara Sebar Maklumat Koronavirus

By 6 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Nurhasnani Abdul Wahab (Melaka)

MELAKA, 6 Feb (Malaysiaaktif)– Penyampaian maklumat secara bersemuka digerakkan secara proaktif oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Melaka melalui program Info On Wheels (IOW).

Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Rizal Hashim turut padang dalam program IOW bersama pemimpin.

Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Rizal Hashim turut padang dalam program IOW bersama pemimpin.

Program ini menjadi suntikan baharu JaPen Melaka dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan dan penjelasan isu-isu semasa kepada orang ramai melalui komunikasi bersemuka dengan pendekatan lebih efisyen.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Mohd Rizal Hashim, menerusi program IOW ini, unit bergerak akan bergerak ke seluruh pelusuk daerah di Melaka dan akan membuat hebahan secara terbuka, manakala pegawai penerangan akan membuat penerangan dan penjelasan ringkas secara terus berkaitan mesej yang dibawa dan pada masa yang sama membuat edaran bahan penerbitan.

Shamsul Iskandar memberi penerangan kepada orang ramai dalam program IOW.

Shamsul Iskandar memberi penerangan kepada orang ramai dalam program IOW.

“Dalam pada itu, dalam penyebaran maklumat langkah pencegahan penyebaran wabak Koronavirus, IOW Melaka turut memberi tumpuan kepada petugas-petugas di barisan hadapan seperti petugas di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin & Keselamatan Melaka dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka,” ujarnya.

Timbalan Menteri Industri Utama merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditemui berkata, pendekatan Jabatan Penerangan Negeri Melaka ini amat baik dan harus dijadikan contoh kepada agensi lain dalam membantu kerajaan memyebarkan maklumat berkaitan virus baru yang makin menular ke seluruh dunia iaitu Koronavirus.

“Risalah-risalah penerangan yang diedarkan kepada orang ramai amat penting kerana tidak ramai antara rakyat memahami virus ini disebabkan virus ini baharu sahaja ditemui, langkah pantas yang diambil Jabatan Penerangan ini mampu memberi impak positif bagi mengurangkan impak risiko kepada rakyat,” ujar Shamsul.

-KN

Tinggalkan komen anda