Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dapatkan Berita Sahih dan Tepat Elak Kekeliruan

By 17 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Farah Diana Azman (Melaka)

MELAKA, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia mengambil pendekatan turun padang bertemu orang ramai bagi menangani penyebaran berita palsu daripada terus berleluasa.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo, melalui inisiatif program ‘Info On Wheels’ (IOW), hebahan maklumat membabitkan isu nasional seperti Covid-19, mySalam, PekaB40 dan i-Suri dapat disampaikan dengan lebih tepat.

“Apabila berlakunya perkongsian atau penyebaran berita tidak benar ia boleh mengakibatkan berlakunya perkara di luar jangkaan. Kita lihat bagaimana kerajaan mengambil langkah tegas sejak mula wabak Covid-19, dengan menitik berat dan memberi penekanan bahawa maklumat yang disalurkan harus tepat dan benar.

“Kita perlu elakkan berkongsi maklumat tidak pasti bagi mengelakkan lebih kekeliruan atau masalah sampingan akibat daripada itu,” katanya di sidang media pada Program ‘Info On Wheels’ di Terminal Melaka Sentral, di sini,  baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Mohd Rizal Hashim ketika ditemui berkata, Jabatan Penerangan Melaka telah menjalankan hebahan bersepadu dengan mengerakan seluruh kekuatan setiap daerah bagi menerangkan isu-isu semasa menerusi program IOW.

“Unit bergerak akan bergerak ke seluruh pelusuk daerah di Melaka dan akan membuat hebahan secara terbuka, manakala pegawai penerangan akan membuat penerangan dan penjelasan ringkas secara terus berkaitan mesej yang dibawa dan pada masa yang sama membuat edaran bahan penerbitan,” ujarnya.

Turut hadir, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Roselindawati Abdul Rahman.WhatsApp Image 2020-02-17 at 09.48.37

-KN

Tinggalkan komen anda