Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Panorama Indah Gunung Datuk Mengamit Pendaki

By 19 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Sapar Sutir (Rembau) 

REMBAU, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Gunung Datuk di sini yang mempunyai ketinggian 884 meter merupakan salah satu destinasi pendakian yang terkenal dalam kalangan pendaki.

Dengan mengambil masa kira-kira dua jam menyelusuri laluan yang mencabar untuk sampai ke puncak, para pendaki akan menikmati permandangan 360 darjah di puncak gunung tersebut sehingga boleh kelihatan kapal yang sedang belayar di Selat Melaka dalam keadaan cuaca yang baik.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong telah mengadakan program ‘HIKE 4 FIT’ di Gunung Datuk pada Ahad.

Sebahagian peserta pendakian di puncak gunung.

Sebahagian peserta pendakian di puncak gunung.

Menurut urusetia program, Iskandar Dzulkarnain Abdul Rahim, program berkenaan bertujuan untuk menggalakkan belia untuk aktif dalam sukan mendaki sebagai salah satu aktiviti kecergasan.

“Disamping menggalakan mereka anak aktif, kita juga dapat mempromosikan Gunung Datuk sebagai salah satu destinasi pelancongan dan tempat tumpuan penggemar sukan mendaki yang tentunya mempunyai panorama pemandangan yang indah serta laluan pendakian yang mencabar fizikal dan mental,” ujarnya.

Dianggarkan seramai 250 peserta dari seluruh negara menyertai program berkenaan termasuklah penyertaan dari kalangan mereka yang telah berusia 50 ke atas.

Program tersebut turut disertai oleh Exco Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abdul Ghani serta Penyelaras DUN Chembong, Azizan Marzuki dan Ketua-ketua jabatan daerah Rembau.

-AK

Tinggalkan komen anda