Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MEA Lulus RM10.8 Juta Projek Infrastruktur

By 24 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) meluluskan peruntukan berjumlah RM10,875,000 bagi kerja-kerja pembinaan, menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur.

Peruntukan tersebut merangkumi 15 projek dan melibatkan sebanyak lapan buah sekolah, dua buah masjid serta empat buah madrasah di sekitar daerah Gombak.

Dalam siaran media yang dikeluarkan hari ini, menyatakan projek-projek pembangunan tersebut bakal memberi manfaat dan keselesaan kepada lebih 16,000 masyarakat setempat.

“Manfaatnya untuk keselesaan penduduk setempat terutamanya para pelajar sekolah dan madrasah, para guru, kariah masjid dan penduduk daerah ini.

“Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam rangka lawatan kerja sehari ke daerah Gombak, hari ini.

Azmin bersalaman dengan pelajar ketika melawat salah sebuah sekolah yang mendapat kelulusan projek infrastruktur di Taman Melawati, Hulu Kelang sempena program turun padang ke daerah Gombak.

Azmin bersalaman dengan pelajar ketika melawat salah sebuah sekolah yang mendapat kelulusan projek infrastruktur di Taman Melawati, Hulu Kelang sempena program turun padang ke daerah Gombak.

“Program turun padang ini untuk menyantuni masyarakat melibatkan lawatan ke enam lokasi utama bagi meninjau sendiri tapak projek dan lokasi yang terlibat serta bertemu dengan para penerima,” katanya.

Menurut siaran media itu juga, antara kerja-kerja yang bakal dijalankan termasuk pembangunan semula dan naik taraf surau, pembinaan kuarters dan dewan masjid.

“Ia turut melibatkan pembinaan dewan terbuka sekolah, menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur dan kemudahan sekolah.

“Pelaksanaan semua projek rakyat ini merupakan kerjasama antara MEA, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha MEA, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Pengarah Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Ruzain Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor.

-NAZ

Tinggalkan komen anda