
PUTRAJAYA, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Malaysia tidak membenarkan kapal persiaran berlabuh di pelabuhan negara ini berkuat kuasa serta-merta susulan wabakĀ COVID-19 sehingga situasi bertambah baik dan penularan jangkitan virus itu dapat dikawal, kata Ketua Pengarah KesihatanĀ Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata memandangkan kemunculan gelombang kedua kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini dan seluruh dunia, pelbagai langkah telah diambil pihak berkuasa Malaysia bagi menyekat penularan dalam negara dan melindungi kesihatan awam.
Dr Noor Hisham berkata kemasukan sertaĀ persinggahan kapal persiaran, penumpang dan anak kapalĀ memerlukan penyediaan sumber perubatan yang banyak di pelabuhan bagi tujuan saringan dan rawatan.
āDalam tempoh yang sukar ini, adalah penting lebih banyak sumber perubatan bertumpu kepadaĀ hospital-hospital yangĀ berdepan kecemasan perubatan dan melaksanakanĀ langkah-langkah pencegahan.
āOleh itu, Kementerian Kesihatan bersama kementerian serta agensi yang lain telah mengambil keputusan tidak membenarkan kemasukan kapal persiaran ke pelabuhan Malaysia,ā katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.
Beliau bagaimanapun mengakui industri kapal persiaran adalah komponen penting dalamĀ sektor pelancongan Malaysia dan telah menyumbang dengan ketara kepadaĀ ekonomi negara.
āKita berharap ini hanyalah langkah sementara dan yakin bahawa usaha bersepadu semua pihak akan membantuĀ menyelesaikan isu ini secepat mungkin,ā katanya.
— BERNAMA