
Laporan/foto: Mohd Rasidi Che Sa (Baling)
BALING, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 100 penduduk setempat menyertai pertandingan wau sempena musim kemarau dan angin timur di Kampung Hangus, di sini.
Program anjuran Kariah Masjid al- Huda ini merupakan acara tahunan dengan pelbagai kategori wau dipertandingkan.
Menurut penganjur program Khairi Salleh, biarpun hadiah pertandingan tidak seberapa namun penyertaan yang diterima luar jangka.
“Kami tidak menduga pertandingan ini mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada penduduk kariah ini,” ujarnya ketika ditemui, semalam.
Peniaga Makanan Adi Zuhaili dari Kampung Bendang Padang, berkata musim kemarau ini ditambah pula dengan tiupan angin yang kuat merupakan waktu paling sesuai untuk permainan tradisional ini.
“Saya menyertai pertandingan ini kerana kepuasan ketika menaikkan wau bersama-sama peserta lain amat mengujakan di samping dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat sesama kami,” katanya.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan dalam pertandingan kali ini antaranya wau tercantik, terbesar, kreatif, bebas dan paling kecil.
-SH