
PUTRAJAYA, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter mengegarkan kawasan berdekatan Kepulauan Kermadec pada pukul 6.01 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini, memaklumkan pusat gempa itu terletak 1,231 kilometer tenggara Laucala, Fiji.
Bagaimanapun, gegaran itu tidak membawa kepada ancaman tsunami.
–BERNAMA