Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

46 Premis Diwarta Pusat Kuarantin di Selangor

By 23 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 46 premis di Selangor diwartakan sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi pandemik Covid-19 selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa hari ini.

Premis-premis berkenaan merupakan sebahagian dari 409 lokasi seluruh negara yang telah diwartakan sebagai pusat kuarantin oleh kerajaan bagi menghadapi pandemik Covid-19 ini seperti diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Menteri mengisytiharkan tempat yang dinyatakan dalam Jadual sebagai stesen kuarantin,” menurut warta berkenaan.

Senarai stesen kuarantin seluruh Negeri Selangor.

Senarai stesen kuarantin seluruh Negeri Selangor.

-SH

Tinggalkan komen anda