
Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Dungun)/PDRM Terengganu
DUNGUN, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik telah turun padang membuat tinjauan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekatan Jalanraya KM 60.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun.
Dalam pada itu, Roslee berharap agar usaha kerajaan dalam menangani penularan berita palsu mendapat sokongan daripada rakyat dengan tidak berkongsinya sekiranya tidak sahih.
“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita palsu, di negeri ini terdapat dua kes dalam siasatan pihak polis melibatkan penyebaran palsu, iaitu melibatkan kes di daerah Dungun dan Kemaman.
“Mereka yang terlibat ini dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun dan kes berkenaan akan disiasat mengikut seksyen 505(b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” ujar beliau.

Roslee menerima agihan makanan yang disumbangkan syarikat makanan segera kepada petugas barisan hadapan.
Roslee turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam membuat pembelian topeng muka serta hand sanitizer dalam talian kerana terdapat kes melibatkan pengguna yang tertipu apabila barang yang telah dibayar tidak sampai kepada pengguna.
“Kes melibatkan penipuan ini mencatatkan angaran kerugian mencecah RM11, 000 di seluruh negeri Terengganu dan kes ini boleh didakwa mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara dan denda,” tambahnya.
Roslee Chik memotong kek di Pondok Rantau Abang sempena Sambutan Hari Polis Ke- 213.
Roslee turut meluangkan masa bersama pasukan yang bertugas menahan kenderaan yang melalui sekatan jalanraya tersebut serta bertanyakan tujuan pergerakan memandangkan arahan perintah (PKP) telah dikeluarkan.
Beliau juga telah menasihati orang ramai agar mematuhi peraturan yang dikeluarkan serta menjaga kesihatan diri dan keluarga.
-ii-