Skip to main content
Berita TimurTerengganu

[KEMAS KINI] Patuh Arahan dan Amalan Kebersihan Usaha Kekang COVID-19

By 26 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin/Ahmad Nazri Ramli (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Sebuah pasar raya di daerah ini menyokong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan dengan memastikan pasar raya tidak sesak dengan pengunjung, hanya ketua keluarga dibenarkan membuat pembelian.

Menurut Penyelaras Operasi, Farid Mustafa, 31, masyarakat di sini dilihat akur dengan kehendak kerajaan supaya sentiasa berada di rumah dan menghadkan pergerakan di luar rumah.

Pekerja menyembur penyahkuman kepada pelanggan yang ingin masuk ke dalam pasar raya untuk membeli barang keperluan.

Pekerja menyembur penyahkuman kepada pelanggan yang ingin masuk ke dalam pasar raya untuk membeli barang keperluan.

“Bagi pihak pasar raya pula, kami mengehadkan penggunaan 100 buah troli sahaja yang boleh digunapakai secara bergilir selain bekalan keperluan harian yang tidak pernah kehabisan stok kerana mengamalkan pengeluaran secara berperingkat selain dari waktu operasi juga mengikut saranan pihak berkuasa tempatan iaitu bermula pada 9 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

“Selepas premis ditutup, setiap bahagian akan disembur dengan penyahkuman dan troli-troli yang telah digunapakai juga turun disembur penyahkuman untuk kegunaan keesokan harinya,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Penyelaras Operasi, Farid Mustafa, 31.

Farid akan memastikan keadaan di pasar raya sentiasa terkawal.

Salah seorang pelanggan yang ditemui sangat berpuas hati dengan langkah penjagaan yang diambil oleh pihak pasar raya tersebut.

Nor Asniza ketika memilih barang keperluan harian.

Nor Asniza ketika memilih barang keperluan harian.

Menurut Nor Asniza Mansor, 38, beliau berpuas hati kerana harga barangan masih dalam keadaan terkawal biarpun negara dalam keadaan melaksanakan PKP waktu ini.

“Saya merupakan pelanggan tetap di pasar raya ini dan saya gembira kerana harga barangan masih kekal dan stok barangan juga tidak pernah terputus dan barangan sentiasa mencukupi,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda