Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKP: Kelindan dan Pelajar Ditahan di Port Dickson

By 27 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang kelindan lori dan seorang pelajar tingkatan empat ditahan polis semalam, selepas didapati ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan, bagiĀ memutuskan penularan wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Port DicksonĀ Supt Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 19 dan 16 tahun itu yang menaiki sebuah motosikal tanpa memakai topi kaledar, ditahan pada pukul 9 malam oleh dua anggota polis yang sedangĀ menjalankan rondaan pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan, di Jalan Batu 3, di sini.

ā€œSemasa cuba menahan, suspek enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya. Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek berdekatan sebuah kuil di Dataran Segar, iaituĀ lebih kurang 50 meter daripada tempat kejadian.

ā€œSemasa ditahan, suspek telah menghalang polis daripada membuat pemeriksaan ke atasnya, dan enggan memberikan kerjasama dengan bertindak dengan kasar serta mempertikaikan kuasa polis untuk menahannya, semasa di dalam tempoh PKP,ā€ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata, ketika pemeriksaan jugaĀ kedua-dua suspek telah gagal mengemukakan kad pengenalan diri.

Katanya,Ā kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikutĀ Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan, PeraturanĀ 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan PeraturanĀ 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda