
Foto: FB Ismail Sabri Yaakob
PUTRAJAYA, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac bagi mengekang wabak COVID-19.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)Ā Datuk Seri Ismail Sabri YaakobĀ berkata susulan itu rakyat tidak perlu bimbang mengenai dakwaan kononnya kes jenayah akan meningkat dalam tempoh itu.
āKepada rakyat kita yang sentiasa beri komen di media sosial menyatakan kebimbangan rumah mereka kosong dan takut jenayah semakin meningkat⦠tapiĀ statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan satu berita gembira, indeks jenayah menurun 70 peratus dalam tempoh PKP,ā katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata jumlah tangkapan individu yang ingkar PKP di seluruh negaraĀ sehingga semalamĀ sebanyak 6,451 orang.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, 403 individu ditahan semalam dengan 347 telah direman dan 56 individu diikat jamin.
āBerbanding kelmarin, kadar tangkapan ini menurun kepada 26 peratus,Ā namun jumlah tangkapan 403 individu ini masih tinggi berbanding sebelum ini,ā katanya.
Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam COVID-19, Ismail Sabri berkataĀ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)Ā telah melakukanĀ 666 operasi sanitasiĀ diĀ 79 zonĀ termasuk kesemua 18 Zon Merah.
Dalam tempoh itu, bangunan kerajaanĀ danĀ Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyahcemar termasukĀ 24,077 unit rumahĀ PPR.
Mengenai keluhan ibu bapa berkaitan bayaran bulanan pusat asuhan kanak-kanak swasta yang perlu dibayar dalam tempoh PKP ini, beliau berkata pihaknya telah meminta kementerian berkaitan untuk meneliti perkara tersebut.
— BERNAMA