Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MPS Bersihkan Tinggalan Penjaja Haram

By 8 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Majlis Perbadaran Selayang

SELAYANG, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan operasi bersepadu pembersihan dan sitaan ke atas barangan perniagaan yang ditinggalkan penjaja haram warga asing berhampiran Pasar Borong Selayang, di sini hari ini.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Datuk Dr Juhari Ahmad, berkata rentetan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan penjaja haram warga asing telah meninggalkan barangan perniagaan mereka.

“Ianya menyebabkan kawasan tersebut kotor serta menimbulkan kacau ganggu, MPS telah mengambil peluang untuk membuat sitaan dan pembersihan secara menyeluruh di kawasan tersebut.

“MPS juga akan meletakkan penghadang batu konkrit untuk memastikan tiada lagi penjaja haram di kawasan tersebut terutama selepas tamat tempoh PKP,” katanya.

Anggota penguatkuasa MPS memotong struktur besi ketika operasi pembersihan tinggalan penjaja haram warga asing berhampiran Pasar Borong Selayang.

Anggota penguatkuasa MPS memotong struktur besi ketika operasi pembersihan tinggalan penjaja haram warga asing berhampiran Pasar Borong Selayang.

Beliau berkata, operasi bermula jam 9 pagi melibatkan seramai 90 orang terdiri daripada anggota penguatkuasa MPS, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan wakil dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Sebanyak sembilan buah jentera turut digunakan dalam operasi tersebut di mana sitaan yang dibuat melibatkan hampir 92 inventori pelbagai barangan.

“Operasi berkenaan merupakan kali ke-empat dijalankan MPS, sebelum ini beberapa peniaga telah dikenakan kompaun dan sitaan atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa permit.

“MPS akan konsisten menjalankan operasi bersepadu melibatkan semua agensi kerajaan berkaitan untuk membendung kegiatan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan tersebut terutama yang melibatkan warga asing,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda