
PUTRAJAYA, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membawakan inisiatif #MuzikDiRumah bagi menyediakan lebih banyak kandungan digital untuk dinikmati rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP.
KKMM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hiburan dalamĀ talian itu diinspirasikan daripada projek #togetherathome oleh artis antarabangsa bertujuan menghiburkan peminat muzik tempatan di samping menggalakkan mereka untuk duduk di rumah.
āProgram itu menghimpunkan pelbagai artis ternama, pemuzik serta personaliti hiburan tanah air termasuklah Datuk Jamal Abdillah, Kumpulan Hujan dan Ayda Jebat yang akan bersiaran di laman sesawang ?www.muzik.my?.
āHiburan dalamĀ talian ini juga memberi impak ekonomi yang sederhana dan menjana pendapatan artis serta kruĀ penerbitan yang terlibat selain menanam semangat kekitaan dan perpaduan diĀ kalangan rakyat Malaysia dalam mengharungi COVID-19,ā menurut kenyataan itu.
Program yang telah bermula sejak semalam itu juga mampu menyebarkan mesej positif dan maklumat penting melalui platform media sosial, katanya lagi.
Program #MuzikDiRumah disertai lebih 300 artis dan kruĀ produksi sertaĀ penerbit melalui lapan konsert mega berdurasi 45 minit, 38 konsert mini berdurasi 30 minit, Ā 84 persembahan dalam bentuk lagu, pesanan khidmat awam serta video temu bual oleh artis tempatan.
— BERNAMA