Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bas Smart Selangor dan PJ City Kembali Beroperasi

By 6 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim (Petaling)/Media Selangor

SHAH ALAM, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan untuk membenarkan Bas Smart Selangor dan PJ City beroperasi secara berperingkat bermula hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Selangor, Nge Sze Han, berkata sebanyak 103 buah bas akan beroperasi semula di 36 laluan seluruh Negeri Selangor.

“Manakala tujuh laluan ditangguhkan sementara waktu iaitu laluan SPG 3 dan SPG 4, BTG2, SB02, SB03 dan HS02 serta HS03.

“Bas PJ City pula akan beroperasi di semua enam laluan dengan jumlah 16 buah bas,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sze Han mengingatkan agar semua penumpang dan pemandu bas mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.

“Ianya termasuk mengamalkan penjarakan selamat, memakai topeng muka serta membersihkan tangan sebelum dan selepas menggunakan pengangkutan awam.

“Sebagai langkah keselamatan pengendali bas hendaklah melakukan kerja-kerja nyahkuman di dalam bas, meletakkan pelekat pada tempat duduk yang harus dielakkan, menyediakan cecair sanitasi dalam basdan mengurangkan jumlah penumpang,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri Selangor memberhentikan operasi Bas Smart Selangor dan PJ City pada 24 Mac lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda