Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

PROSPEK’20 Cungkil Bakat dan Kreativiti Rakyat Malaysia

By 14 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

IPOH, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Perak kini mencari bakat dalam kalangan warganegara Malaysia bagi mengetengahkan kreativiti dalam memperkenalkan keunikan budaya dan warisan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak Mohd Akmal Kamarudin, berkata Pertandingan Video Pendek Sempena Perintah Kawalan Pergerakan 2020 (Prospek’20) merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perak, Jabatan Penyiaran Negeri Perak dan Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak.

“Peserta perlu menghasilkan video yang menonjolkan elemen-elemen Negeri Perak antaranya loghat, imej, bendera, tempat pelancongan, keharmonian dan perpaduan, pembangunan dan warisan mutlak negeri.

“Penyertaan secara inidividu atau berkumpulan bertemakan Bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, pertandingan kali ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana disambut dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” ujarnya dalam kenyataan media.

PROSPEK'20 mempelawa orang ramai untuk menghasilkan video pendek dengan mengetengahkan identiti negeri ini.

PROSPEK’20 mempelawa orang ramai untuk menghasilkan video pendek dengan mengetengahkan identiti negeri ini.

Penyertaan bermula dari 13 Mei hingga 22 Jun ini dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM25,000.00.

“Tiga pemenang terpilih akan memenangi hadiah utama berbentuk wang tunai, i-Pad dan sijil serta 10 pemenang lagi akan menerima saguhati berjumlah RM500.

“Kerajaan negeri menyasarkan lebih 500 video diterima sepanjang tempoh pertandingan ini berlangsung dengan harapan dapat melahirkan lebih banyak bakat baharu serta memperkenalkan budaya dan warisan Negeri Perak ke peringkat lebih tinggi,” katanya lagi.

Maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat pertandingan boleh didapati dengan melayari laman facebook rasmi Komunikasi Strategik Perak – Official.

-SH

Tinggalkan komen anda