
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Walaupun terdapat penurunan jumlah mereka yang diarah berpatah balik kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu 1,158 kenderaan, namun ia menunjukkan terdapatĀ segelintir merekaĀ yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga negeriĀ iaitu Selangor (460 kes), Melaka (121 kes) dan Negeri Sembilan (95 kes)Ā dikenal pasti mencatatkan jumlah cubaan rentas negeri tertinggi yang dikesan dalam sekatan jalan raya rentas sempadan negeri yang dibuat di seluruh negara semalam.
āPolis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 162 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 157,364 kenderaan.
āSebanyak 1,158 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan diarah berpatah balik oleh PDRM berbanding 1,613 kenderaan pada hari sebelumnya,ā kata beliauĀ dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa 30,702 kenderaan persendirian, 2,052 kenderaan awam dan 286 vessel selain 10,637 pasar awam, 4,045 tempat ibadah, 944 tempat riadah dan 636 tapak pembinaan.
āPDRM menahan 156 individu dan menahan reman 50 individu atas kesalahan melanggarĀ prosedur operasi standard (SOP). PDRM telah mengeluarkan kompaun kepada 106 individu atas kesalahan melanggar SOP,ā katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa setakat ini 270 pusat kuarantin beroperasi hari ini berbanding 271 semalam, dengan 14,962 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.
Seramai 40,264 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menjalani proses kuarantin wajib sejak 3 April lepas manakala 32,287 individu selesai menjalani proses itu dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Dalam pada itu, di Negeri SembilanĀ seramai 171 individu telah ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB dikuatkuasakan bagi tempoh 18 Mac sehingga semalam.
Ketua Polis Daerah NilaiĀ Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata daripada jumlah berkenaanĀ seramai 123 individu telah dituduh manakala 36 orang telah dikenakan kompaun kerana melanggar arahan PKP dan PKPB.
— BERNAMA