Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tiada Majlis Perkahwinan di Kuil di Seri Kembangan

By 25 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Polis menafikan dakwaan kononnya satu majlis perkahwinan diadakan di sebuah kuil di Seri Kembangan, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata berdasarkan soal siasat terhadap penjaga kuil, tiada sebarang aktiviti atau majlis diadakan di kuil itu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Beliau (penjaga kuil) turut menyatakan bahawa majlis (perkahwinan) dalam rakaman video yang tular itu tidak berlangsung pada semalam.

“Tinjauan dan siasatan anggota polis daripada Balai Polis Seri Kembangan juga mendapati tiada sebarang aktiviti dijalankan di kuil tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu merujuk rakaman video berdurasi satu minit yang memaparkan beberapa individu berkumpul dan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah kuil di Seri Kembangan.

Ismadi bagaimanapun berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan polis sentiasa memantau aktiviti di rumah ibadat bagi mencegah penularan COVID-19.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan sebuah kuil di Seri Kembangan dipercayai mengadakan majlis perkahwinan yang dihadiri kira-kira 100 individu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda