Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Gerakan Cari Kanak-kanak Dihanyutkan Arus Deras

By 13 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak

RAWANG, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang terjatuh di Sungai Bakau petang semalam diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata dalam kejadian lebih kurang jam 4 petang itu, kanak-kanak lelaki berkenaan dikatakan terjatuh dan dihanyutkan arus deras di belakang Flat Rajawali, Bandar Country Homes.

“Semalam, pihak Bomba telah berada di lokasi kejadian untuk operasi SAR dalam keadaan cuaca hujan lebat dan arus deras.

Kanak-kanak lelaki berusia 10 yang dipercayai dibawa arus deras di Sungai Bakau semalam.

Kanak-kanak lelaki berusia 10 yang dipercayai dibawa arus deras di Sungai Bakau semalam.

“Operasi SAR terpaksa dihentikan pada jam 7.05 malam semalam disebabkan keadaan semakin gelap dan hujan lebat.

“Ianya telah disambung semula pada hari ini sekitar jam 7.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, pihak Bomba menggerakkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), unit anjing pengesan dan dron dalam usaha SAR.

“Sehingga jam 12 tengahari kanak-kanak tersebut masih belum ditemui dan radius pencarian satu kilometer dari lokasi kejadian akan diperluaskan.

“Kanak-kanak yang masih hilang itu berketinggian 42 sentimeter, berambut pendek, memakai baju t-shirt warna biru dan seluar sukan,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda