
PUTRAJAYA, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Penutupan lorong kanan bagi kedua-duanya di Jalan Utama, Serdang Raya, akan dilanjutkan dari 25 Jun hingga 24 Dis.
MMC-Gamuda dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan 24 jam untuk selama enam bulan adalah bagi memudahkan pemasangan dinding parapet dan kerja lain yang berkaitan.
“Semasa penutupan lorong sepanjang 100 meter di Jalan Utama, pemandu boleh terus mengikuti lorong kiri di setiap laluan”, katanya.
Pemandu dinasihat agar mematuhi papan tanda trafik dan petugas trafik semasa penutupan jalan itu.
— BERNAMA