Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penutupan Lorong Kanan Bagi Kedua-duanya di Jalan Utama, Serdang Raya Dilanjutkan

By 24 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Penutupan lorong kanan bagi kedua-duanya di Jalan Utama, Serdang Raya, akan dilanjutkan dari 25 Jun hingga 24 Dis.

MMC-Gamuda dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan 24 jam untuk selama enam bulan adalah bagi memudahkan pemasangan dinding parapet dan kerja lain yang berkaitan.

“Semasa penutupan lorong sepanjang 100 meter di Jalan Utama, pemandu boleh terus mengikuti lorong kiri di setiap laluan”, katanya.

Pemandu dinasihat agar mematuhi papan tanda trafik dan petugas trafik semasa penutupan jalan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda