
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 9 Jul (Malaysiaaktif) –Ā Malaysia kembali mencatat sifar kesĀ penularan di dalam negara atau penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata hanya tiga kes baharu yang dilaporkanĀ semalam iaitu kes import dalam kalangan rakyat Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.
āIni menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,677 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 70 kes dan mereka telah diasingkan untukĀ diberi rawatan.
āSehingga kini terdapat duaĀ kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satuĀ kes memerlukan bantuan pernafasan,ā katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sinisemalam.
Pada 1 Julai Malaysia berjaya mencatatĀ kes harian COVID-19 yang terendah iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu serta tiada kes yang mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.
Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifĀ korban di Malaysia kekal 121 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes kematian.
Selain itu katanya, lima kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telahĀ didiscaj daripada wad adalah 8,486 kes.
— BERNAMA