Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Permohonan Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA Kini Dibuka

By 31 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 31 Jul (Malaysiaaktif) –Ā Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal Jun lepasĀ kini dibuka untuk permohonan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata skim tersebut bertujuanĀ mengekalkan keupayaan dan meningkatkan daya saing Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) serta membantu perusahaan mikro tempatan membuat penyesuaian selepas negara pulih daripada COVID-19.

ā€œPKS dan perusahaan mikro yang memenuhi takrifan SME Corp Malaysia atau yang dilesenkan oleh atau didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam sektor pelancongan teras dan sektor berkaitan pelancongan layak memohon skim pembiayaan ini.

ā€œSkim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM75,000 kepada perusahaan mikro dan sehingga RM300,000 kepada PKS pada kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratusĀ setahun bagi tempoh pembiayaan tidak melebihi tujuh tahun,ā€ menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, beliau juga memaklumkan, mereka yang terlibat dengan skim ituĀ akan diberi tempohĀ menangguhkan pembayaran balik minimun enam bulan bagi membantu aliran tunai perusahaan dan sebanyak 12 institusi kewangan akan terlibat dalam skim pembiayaan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang PENJANAĀ http://penjana.treasury.gov.my/

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda