Skip to main content
HomePutrajaya

PGA Rampas Minuman Keras Seludup RM1.95 Juta

By 28 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran arak seludup yang aktif selama setahun selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dalam serbuan di sebuah kebun di Kampung Kadut, Segamat, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan di sebuah stor pada jam 7.40 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, merampas 1,871 kotak minuman keras seludup bernilail RM1.95 juta.

Komander Briged Tengah PGA SAC Muhammad Abdul HalimĀ berkataĀ polis merampas 42, 672 tin minuman bir pelbagai jenama dan 2,916 botol atau 822 literĀ wiskiĀ pelbagai jenama.

ā€œSindiketĀ iniĀ menyeludupĀ masuk barangan berkenaan daripada negara jiranĀ danĀ dipercayai sudah aktif selama setahun,ā€ kata beliauĀ menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Muhammad berkata sindiket itu mengedar minuman keras itu di sekitarĀ daerah Segamat, Johor sertaĀ Muadzam dan Kuantan, Pahang dan kes disiasatĀ di bawah Seksyen 135 (1) AktaĀ Kastam 1967.

— BERNAMA

 

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda