Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

MYFutureJobs Percepat Pengambilan Tenaga Kerja Sektor Swasta

By 9 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Len (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan mengambil pendekatan inklusif dan holistik melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai usaha memulihkan ekonomi Malaysia dengan menawarkan pelbagai program peluang pekerjaan.

Penaiktarafan Portal MYFutureJobs kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini menawarkan kemudahan teknologi perkhidmatan padanan pekerjaan swasta yang bertujuan menggalakkan permintaan pekerjaan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran.

Menurut Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Khairul Karnawi, MYFutureJobs berupaya melakukan padanan silang berdasarkan kemahiran dan kecekapan calon pekerja dengan keperluan sesuatu pekerjaan yang ditawarkan.

“Penyelesaian bersepadu yang dikembangkan secara unik untuk perkhidmatan pekerjaan ini menggunakan kecerdasan buatan dengan pemadanan dua arah.

Sebahagian pencari kerja yang menghadiri Karnival Kerjaya di SICC.

Sebahagian pencari kerja yang menghadiri Karnival Kerjaya di SICC.

“Dengan penaiktarafan portal Perkhidmatan Pekerjaan Kebangsaan ini, PERKESO menjangka akan memberi peluang pekerjaan kepada 50,000 individu,” katanya sempena Program Karnival Kerjaya peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Menurut Khairul, mereka yang berminat boleh mendaftar secara percuma melalui dalam talian ataupun mengunjungi pejabat-pejabat PERKESO di seluruh negara.

“Berdasarkan rekod MYFutureJobs, statistik sehingga Ogos tahun ini menunjukkan industri khidmat sokongan dan profesional menawarkan peluang kerjaya terbanyak di Sabah.

“Selain daripada itu pihak PERKESO juga akan menganjurkan Karnival Kerjaya ‘Employment Insurance System’ (EIS) di SICC pada 3 Oktober ini,” katanya lagi.

Khairul membantu belia mengisi maklumat di MYFutureJobs.

Khairul membantu belia mengisi maklumat di MYFutureJobs.

Menurut graduan Sains Komputer, Universiti Malaysia Sabah Ezra Simon Takom, 28, beliau tertarik menggunakan portal MYFutureJobs kerana amat mudah dan mendapat maklum balas dengan pantas terhadap sesuatu permohonan.

“Pemakluman tarikh dan status temuduga juga boleh didapati menerusi portal yang menyasarkan semua kategori pencari kerja.

“Selain itu, pemohon boleh membuat kemas kini maklumat peribadi pada bila-bila masa kerana ia juga boleh dilakukan menggunakan peranti telefon pintar,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda