Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

115 Lagi Individu Ingkar PKPP Ditahan

By 26 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 115 individu lagi ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, seramai 111 individu dikompaun manakala empat direman.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak mematuhi penjarakan fizikal membabitkan 35 individu, keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) (31).

Dokumen perjalanan tamat tempoh (26), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (17), premis beroperasi tanpa kebenaran (5) dan tidak memakai pelitup muka (1), katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan PKPP di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata bagi Operasi Benteng, 67 pendatang tanpa izin ditahan manakala dua bot dan lima kenderaan darat dirampas hasil 98 Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan semalam.

Beliau memaklumkan sejak 30 Mac sehingga semalam, 10,107 operasi sanitasi awam merangkumi 135 zon dilaksana melibatkan 13,050 premis termasuk 2,715 pusat perniagaan, 1,600 kawasan perumahan antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR), 2,623 tempat awam, 354 pasar raya, dan 5,758 bangunan kerajaan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda