Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pencemaran Sungai Batang Benar

By 7 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan dan Sungai Semenyih, dekat siniĀ semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kedua-dua lelaki itu, masing-masing berusia 30an dan 40an,Ā ditahan di Kota Bharu, Kelantan ketika dalam perjalanan pulang ke Nilai.

ā€œSaya belum terima lagi laporan lengkap soal siasat berkenaan kes ini. Kes disiasatĀ polis Negeri Sembilan…Ā berilah sedikit masa untuk kami siasat kerana kita tidak boleh terburu-buru,ā€ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial, pelancaran portal Aplikasi Semak Mule di Maktab Polis Diraja Malaysia, CherasĀ hari ini.

Sementara itu di SEREMBAN, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman berkata kedua-dua suspekĀ disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan susulan laporan polis yang dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Isnin lepas.

ā€œSiasatanĀ dibuat di sebuah tapak berhampiran Sungai Batang Benar, Jalan Emas berdekatan kilang Chuan Plus Industries Sdn Bhd yang disyaki menjadi tempat pembuangan bahan sisa berkaitan dan beberapa sampel di tempat kejadian diambil pasukan forensik IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Negeri Sembilan untuk siasatan,ā€ katanya pada sidang media di IPK Negeri Sembilan hari ini.

“Polis turut merampas sebuah lori dan sejumlah dokumen urusan pengangkutan,” tambahnya.

Che Zakaria berkata kedua-dua lelaki terbabit, masing-masingĀ bekerja sebagai pemandu dan kelindan loriĀ  sebuah syarikatĀ pengangkutan di Kelantan, direman tujuh hari bermula hari ini.

Pada Isnin, Bernama melaporkan Kementerian Alam Sekitar dan Air menyatakan sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukanĀ di kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, iaitu punca pencemaran di sungai berkenaan.

Pencemaran itu menyebabkan dua loji rawatan air iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda