Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Judi Dalam Talian: 48 Warga China Ditahan

By 20 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 48 warga China ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian secara dalam talian di tiga unit kondominium di Jalan Ampang Hilir di ibu kota, pada 16 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata kesemua suspek yang ditahan itu terdiri daripada 43 lelaki dan lima wanita berusia 21 hingga 47 tahun.

Beliau berkata sindiket itu beroperasi sejak enam bulan lepas dan menyewa kesemua kondominium mewah dengan kadar RM11,000 hingga RM12,000 seunit, sebulan.

“Modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah mempromosi judi secara dalam talian bagi pasaran China dengan menghantar ratusan pesanan Wechat, WhatsApp, QQChat kepada pelanggan di negara berkenaan.

“Sindiket itu turut menyasarkan kondominium mewah dan juga rumah banglo untuk dijadikan sebagai tempat beroperasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di ketiga-tiga premis itu, pihaknya merampas 245 telefon bimbit, 26 komputer riba pelbagai jenama, 15 unit CPU dan empat modem router.

“Kesemua mereka direman tiga hari sehingga hari ini dan akan disambung reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan terus komited dalam usaha membanteras sebarang aktiviti perjudian haram yang wujud di kawasan Wangsa Maju terutamanya melibatkan sindiket judi dalam talian menggunakan ‘calling centre’ itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda