Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Peniaga Ditahan Memandu di Bawah Pengaruh Alkohol

By 29 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Seorang peniaga ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan dalam Op Mabuk yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan ketika pemeriksaan dijalankan di Jalan Besar Pekan Nilai, kira-kira 11.45 malam.

“Lelaki berkenaan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 40 buah kenderaan dan 65 individu diperiksa serta sejumlah 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang bermula pada 8.30 malam hingga 12.30 tengah malam di kawasan Bandar Baru Nilai dan Pekan Nilai.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda