Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Perniagaan di Little India Tetap Patuhi SOP Demi Kesihatan

By 18 November 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Miow Juang (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Suasana kawasan Little India di sini kini berubah lenggang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pulau Pinang.

Kawasan Little India, Georgetown di Lebuh Pasar lazimnya meriah sebelum ini sempena Deepavali setiap tahun kerana penganut Hindu boleh mendapatkan kelengkapan perayaan baharu di sini.

Petugas Info On Wheels (IOW) dari Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut (DTL) mengedarkan pelitup muka, “sticker” kenderaan dan poster kepada orang awam dan peniaga di Little India tentang bahaya COVID-19 dan pencegahannya.

Petugas Info On Wheels (IOW) dari Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut (DTL) mengedarkan pelitup muka, pelekat kenderaan dan poster kepada orang awam dan peniaga di Little India tentang bahaya COVID-19 dan pencegahannya.

Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Timur Laut, Nasir Mohideen berkata, Little India Pulau Pinang merupakan tumpuan orang ramai kaum India dan sinonim dengan perayaan dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ itu.

Hebahan awam dari Info On Wheels (IOW) dari Pejabat Penerangan DTL turut hadir untuk memaklumkan bahaya COVID-19 dan pencegahannya.

Hebahan awam dari Info On Wheels (IOW) dari Pejabat Penerangan DTL turut hadir untuk memaklumkan bahaya COVID-19 dan pencegahannya.

“Perayaan ini yang disambut penganut Hindu dan Sikh (Diwali) di mana terdapat pelbagai keperluan yang dijual disekitar kawasan ini,seperti baju, gelang, kuih-muih dan sebagainya.

“Tetapi sambutan Deepavali tahun ini kini telah berbeza ketika negara kita sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 dan ia juga memberi kesan terhadap peniaga-peniaga di sekitar Little India.

Wakil Pegawai Pejabat Penerangan DTL membantu peniaga kedai menampal poster di kawasan Little India.

Wakil Pegawai Pejabat Penerangan DTL membantu peniaga kedai menampal poster di kawasan Little India.

“Perniagaan di Little India sini telah merosot ke 50% hingga 60% disebabkan pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui oleh Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Timur Laut di sini.

Dalam pada itu, peniaga-peniaga kedai di kawasan itu menjalankan operasi seperti biasa dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk membendung penularan COVID-19.

Pelekat kenderaan tentang bahaya COVID-19 dan pencegahannya juga diedarkan kepada pengguna lalulintas di kawasan Little India.

Pelekat kenderaan tentang bahaya COVID-19 dan pencegahannya juga diedarkan kepada pengguna lalulintas di kawasan Little India.

Selain hebahan awam, petugas Info On Wheels (IOW) dari Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut (DTL) turut hadir untuk mengedarkan pelitup muka, pelekat kenderaan dan poster kepada orang awam dan peniaga di beberapa lokasi yang memaparkan tentang bahaya COVID-19 dan pencegahannya.

-ii-

Tinggalkan komen anda