Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Positif Baharu COVID-19 Kekal Empat Angka

By 9 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Kes positif baharu COVID-19 kekal empat angka dengan 1,012 kes dilaporkan menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 75,306 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu tujuh adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala penularan dalam negara pula berjumlah 1,005 kes.

“Bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,750 kes, ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 64,056 kes atau 85.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,862 kes dengan empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 di negara ini sebanyak 388 kes atau 0.52 peratus daripada keseluruhan kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 417 kes (41.2 peratus) diikuti Sabah dengan 271 kes (26.8 peratus) dan Johor sebanyak 108 kes (10.7 peratus),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini terdapat 126 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda