Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Polis Kenal Pasti Identiti Mayat Tergantung di Rumah Kosong

By 8 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak

GOMBAK, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Polis telah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam sebuah rumah kosong di hutan Kampung Tengah Tambahan, Kilometer 10 Gombak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata mayat tersebut merupakan seorang warganegara Malaysia berumur 43 tahun yang beralamat di Taman Wilayah, Batu Caves.

“Hasil bedah siasat telah selesai yang punca kematiannya adalah konsisten dengan gantung diri (consistent with hanging) dan anggaran kematian melebihi dua minggu.

“Warisnya telah di kenal pasti dan usaha mengesan waris tersebut sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Arifai berkata siasatan awal berhubung kejadian tersebut dipercayai kes bunuh diri.

“Tiada laporan polis berhubung kes hilang atau culik melibatkan individu berkenaan.

“Semakan turut mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Semalam, pihak polis menemui mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian seluar jeans biru dan berbaju belang coklat putih ditemukan di rumah terbiar tersebut.

Mayat tersebut ditemui dalam keadaan bahagian tengkorak kepalanya berada di lantai sementara bahagian badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung rumah tersebut.

-NAZ

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda