Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Menara Pencawang Kampung Watt Paya Mak Inson Dinaik Taraf

By 10 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa (Pendang)

PENDANG, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjanji akan menangani masalah liputan capaian internet lemah dan sering terganggu, di Kampung Watt Paya Mak Inson, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah Wan Romani Wan Salim, berkata masalah liputan capaian internet tersebut telah dipanjangkan kepada pihak SKMM sejak sebuah video tular di media sosial baru-baru ini.

“Hari ini kita merasa bertuah kerana, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dr Fadhlulah Suhaimi Abdul Malik, turun padang sendiri melihat masalah yang dihadapi penduduk kampung Watt Paya Mak Inson dan insyallah beliau ada berita gembira buat anda semua,” katanya ketika Majlis Dialog bersama masyarakat Siam, semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dr. Fadhlulah Suhaimi Abdul Malik menyatakan masalah ini telah dimasukkan dalam pengetahuan pihaknya.

Dr Fadhlulah (dua dari kiri) ketika memberi taklimat mengenai naik taraf pencawang dari 3G ke 4G.

Dr Fadhlulah (dua dari kiri) ketika memberi taklimat mengenai naik taraf pencawang dari 3G ke 4G.

“Pihak SKMM mengambil maklum perkara ini dan pada masa yang sama berharap agar penduduk dapat bersabar kerana proses menaikkan taraf pencawang capaian internet daripada 3G kepada 4G mengambil masa dua hingga ke tiga bulan.

“Kerja-kerja menaik taraf pencawang yang sedia ada akan siap pada bulan Februari 2021,” katanya.

Seorang penduduk yang ditemui, Boon Sis Den Sing, 58, melahirkan rasa lega dan berharap kerja-kerja menaikan taraf capaian internet dari 3G kepada 4G dapat dilaksanakan dengan segera.

“Ini kerana ia dapat membantu dalam memudahkan capaian internet terutama dalam berhadapan dengan norma baharu yang memerlukan capaian internet tanpa gangguan,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohd Ali Mohd Yunus, Pengarah SKMM Negeri Kedah Azhar Rahman dan Penghulu Mukim Ayer Puteh Naim Saad.

-SH

Tinggalkan komen anda