Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dua Agropreneur Muda Melaka Sahut Cabaran Juara Agrotek 2021

By 8 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Diana Azman (Melaka)

MELAKA, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Dua Agropreneur Muda dari Melaka terpilih sebagai peserta dalam rancangan realiti TV berkonsepkan Pertanian dan Penternakan “Juara Agrotek” buat julung kalinya bakal disiarkan sebanyak 13 episod melibatkan 12 peserta seluruh Malaysia.

Racangan ini diterbitkan oleh PTV Media Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), sebagai usaha baharu mendekati golongan belia untuk menceburi bidang pertanian.

Peserta, Muhammad Zakri Chan Abdullah, 38, mengusahakan tanaman pokok bidara yang berasal daripada Durian Tunggal berkata, rancangan ini buat julung kali disiarkan bagi mendedahkan kepada golongan belia bahawa pertanian boleh dijalankan dimana-mana.

“Pelbagai konsep tanaman boleh dijalankan mengikut kesesuai kita, walaupun kawasan kita terhad seperti di rumah taman namun kita masih mampu menjalankan aktiviti pertanian dengan menggunakan konsep tanaman bandar.

“Dengan adanya rancangan realiti ini saya yakin ramai akan buka mata melihat pontensi bidang pertanian dan penternakan sebagai salah hala tuju kerjaya terutama golongan muda,” ujar Zakri yang telah tiga tahun mengusahakan Kebun Bidara Melaka.

Pengusaha bidara, Muhammad Zakri Chan Abdullah, antara 12 peserta Juara Agrotek.

Pengusaha bidara, Muhammad Zakri Chan Abdullah, antara 12 peserta Juara Agrotek.

Seorang lagi peserta, Oh Yih Peng, 30 dari Paya Rumput yang mengusahakan tanaman Rock Melon di Pulau Gadong berkata, peluang menyertai rancangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah pengetahuan dalam bidang pertanian.

“Saya amat teruja dan berharap semoga ilmu yang diperolehi sepanjang program ini akan digunakan untuk memajukan usaha saya dalam bidang pertanian,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (II), Datuk Che Abdullah Mat Nawi, rancangan realiti ini akan menarik lebih ramai golongan muda sekali gus mengubah persepsi golongan belia terhadap industri pertanian dan penternakan yang sebelum ini dianggap sebagai kotor, berbahaya dan sukar.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sangat komited dalam mempromosi dan mengalu-alukan kerjasama strategik antara industri pertanian bersama industri hiburan agar lebih ramai anak muda terinspirasi dengan bidang ini,” ujarnya ketika melancarkan program tersebut di Mini Auditorium Malaysia Tourism Center (MATIC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengusaha rock melon, Oh Yih Peng.

Pengusaha rock melon, Oh Yih Peng.

-KN

Tinggalkan komen anda