Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rumah Ronald McDonald Ketiga Terus Komited Ringankan Keluarga Pesakit

By 11 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Rahman (Putrajaya)/RMHC Malaysia

PUTRAJAYA 11 Jan (Malaysiaaktif) – Persatuan Kebajikan Ronald McDonald House Charities (RMHC) hari ini menandatangani perjanjian rasmi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membina sebuah Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur yang juga merupakan ketiga seumpamanya di Malaysia.

Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar, berkata RMHC Malaysia komited dalam mengubah kehidupan kanak-kanak di negara ini.

“Kami berbesar hati bekerjasama dengan KKM bagi menyediakan kemudahan penginapan yang diperlukan oleh keluarga pesakit pediatrik di Hospital Tunku Azizah terutamanya keluarga B40 yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

“Kini terdapat lebih daripada 370 Rumah Ronald McDonald di seluruh dunia yang menyediakan rumah penginapan sementara bagi keluarga yang mempunyai anak yang sedang dirawat di hospital dan fasiliti perubatan yang berdekatan,” katanya yang ditemui sempena majlis tersebut, di sini hari ini.

Menurut Azmir penubuhan dua buah, Ronald McDonald terdahulu telah memberi manfaat kepada keluarga yang memerlukan.

“Rumah ini membentu keluarga pesakit menemani anak meraka yang mengidap penyakit kritikal serta memberi tumpuan kepada rawatan dan pemulihan anak mereka.

“Ini sekali gus mengotakan janji RMHC iaitu memastikan keluarga sentiasa dekat bersama melalui inisiatif kemudahan Rumah Ronald McDonald,” katanya.

Dalam pada itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kerajaan amat mengalu-alukan inisiatif RMHC Malaysia ini kerana membolehkan keluarga yang dibebani masalah kewangan dapat tinggal bersama-sama anak mereka sepanjang tempoh rawatan.

“Kami berharap usaha sebegini dapat mendorong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat lain untuk terus menjalinkan kerjasama dengan kerajaan dalam meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan di hospital,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda