Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

10 Sekolah Menengah Disanitasi Demi Kepentingan Pelajar

By 19 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus(Labuan)/Azri Onn

LABUAN, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Pendidikan Labuan menjalankan program sanitasi di semua sekolah menengah di wilayah ini bagi kepentingan para pelajar yang akan memulakan persekolahan.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Khaziyati Osman, beliau menghargai kerjasama padu pelbagai pihak dalam membantu pihak jabatan melaksanakan kerja-kerja sanitasi di sekolah kali ini.

“Apapun yang kita lakukan adalah sebenarnya demi kepentingan murid-murid di Labuan dan kita juga mahu ibu bapa yakin serta percaya bahawa kita telah mengambil langkah-langkah perlu dan proaktif demi menjaga keselamatan anak-anak mereka apabila sekolah mulai beroperasi nanti.

Ismail Abdullah (kanan) semasa meninjau proses sanitasi di SMK Labuan.

Ismail Abdullah (kanan) semasa meninjau proses sanitasi di SMK Labuan.

“Keselamatan dan kesihatan semua murid dan guru adalah keutamaan jabatan dan tidak boleh dikompromi dalam situasi pandemik COVID-19,” katanya semasa ditemui, di sini baru-baru ini.

Bagi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Ismail Abdullah, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat membantu sekolah dalam kerja-kerja sanitasi kali ini.

“Beliau turut memaklumkan sebanyak enam blok bilik darjah, bilik guru, bilik mesyuarat, makmal, dewan serta kemudahan-kemudahan lain telah disanitasi dalam program yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada Sabtu lalu,” jelasnya.

Para petugas daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam proses sanitasi ini.

Para petugas daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam proses sanitasi ini.

Sementara itu, Menurut Penolong Pengarah, Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Labuan yang juga penyelaras program Ahmad Firdaus Lee Abdullah, sebanyak 10 buah sekolah menengah telah disanitasi termasuk Kolej Vokasional Labuan.

“Program ini bertujuan memastikan tahap kebersihan dan keselamatan premis dan bangunan sekolah berada di tahap terbaik menjelang pembukaan sekolah untuk murid-murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6,” katanya ketika dihubungi.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbadanan Labuan, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia itu dilaksanakan mulai 15 Januari dan berakhir hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda