Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rezeki Sara Hidup Selepas Banjir

By 4 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Banjir yang melanda Dataran Sungai Kelantan berhampiran Kampung Paloh, Tanah Merah, merupakan satu rahmat buat pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran  kerana menyuburkan tanah dengan meninggalkan banyak baja organik semulajadi.

Tanaman kontang ini mampu memberi hasil dalam masa yang singkat dan golongan pengusaha ini sudah tahu bilakah hasil dapat dituai sebelum banjir melanda setiap akhir tahun.

Seorang pengusaha tanaman jagung dari warisan keluarga, Nor Awang, 62 menganggap banjir kali ini menguntungkan walaupun banyak harta benda musnah.

“Banjir kali ini besar, menenggelamkan semua tanah tanaman jagung saya, namun hasilnya sempat dipunggut sebelum banjir melanda,” katanya yang ditemui di ladang jangungnya, di sini baru-baru ini.

Ditanya mengenai pasaran jagungnya, beliau tidak bimbang kerana pemborong akan datang ambil atau boleh juga dijual kepada kawan-kawan, sanak-saudara terdekat.

“Setongkol jagung yang siap dimasak RM1 dan yang mentah RM5 bagi enam tongkol jagung bergantung kepada kualiti dan saiz jagung.

“Tanaman jagung yang diusahakan dapat dipunggut hasilnya setelah dua bulan ditanam dan dua ribu pohon jagung dapat ditanam atas tanah setengah ekar yang diusahakan ini,” katanya.

Rutin tugas beliau setiap hari bermula pukul 8.00 sehingga 11.00 pagi dan petang selepas waktu asar dan berhenti sebelum magrib.

Menurut beliau, pada hari minggu atau cuti am di waktu petang lebih meriah kerana ramai yang datang bersama keluarga di dataran sungai Kelantan untuk menikmati keindahan dan suasana angin segar pinggir sungai Kelantan.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mahu mengekang Pendemik COVID-19 terus merebak kehadiran orang ramai telah banyak berkurang.

Replika Jagung tanda sempadan di Kg.Paloh, Tanah Merah

Replika Jagung tanda sempadan di Kg.Paloh, Tanah Merah

“Sedikit sebanyak tetap juga memberi kesan kepada pendapatan saya kerana hasil agak lambat untuk dihabiskan jualannya,” Ujar bapa kepada tujuh orang cahaya mata ini.

Sokongan serta kerjasama isterinya, Wan Marharmah Wan Mohamad, 56, yang lebih mesra di sapa Kak Wan ini sentiasa membuat beliau bersemangat mengusahakan tanaman jagung ini sebagai punca rezeki utama keluarga mereka.

“Kak Wan bantu suami untuk meringankan beban kerja suami di kebun jagung sebagai pendapatan keluarga, rezeki dimana-mana asal kita sanggup berusaha, pasti Allah beri,” katanya.

Shahiran Nor, 23, berkata jika ada masa terluang dan tidak ada kuliah dalam alian, beliau akan turut membantu keluarga di kebun.

“Saya bantu apa yang patut untuk menambah pendapatan keluarga terutama pada musim Pandemik COVID-19, jika berkerja di luar terdedah kepada resiko jangkitan,” katanya.

– NAZ –

Tinggalkan komen anda