Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

ADUN Gemencheh Edar Sumbangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

By 13 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman /Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa telah mengedarkan sumbangan kepada masyarakat Tionghua sekitar DUN tersebut.

Menurut beliau, sempena Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, pejabat DUN Gemencheh telah menghantar bantuan COVID-19 kepada masyarakat Cina khusus untuk menyambut tahun baharu di 80 buah rumah sekitar DUN tersebut.

“Selain itu, sebanyak 500 kotak buah limau turut untuk diagihkan kepada masyarakat di sekitar DUN ini.

“Kesemua sumbangan tersebut telah diagihkan secara berperingkat mengikut kawasan yang telah ditetapkan bermula 8 Februari lalu dengan kerjasama Pejabat MCA Bahagian Tampin,” katanya dalam satu temubual khas kelmarin.

Selain giat mengagihkan sumbangan, Mohd Isam turut meluangkan masa menyertai operasi pemantaun kepatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar premis-premis jualan di pekan Gemencheh sempena perayaan Tahun Baharu Cina dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Tampin, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

-AK

Tinggalkan komen anda